MatchPoint Times

Home

Kemboja tutup lintasan sempadan dengan Thailand ekoran pertempuran berdarah

Cover Image for Kemboja tutup lintasan sempadan dengan Thailand ekoran pertempuran berdarah

Phnom Penh dakwa tentera Thailand perluas serangan ke atas prasarana awam selepas serangan udara musnah dua jambatan.

BANGKOK: Kemboja menutup lintasan sempadannya dengan Thailand hari ini, selepas Bangkok menafikan dakwaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bahawa satu gencatan senjata telah dipersetujui bagi menamatkan pertempuran maut yang berlarutan selama beberapa hari.

Keganasan antara dua negara jiran Asia Tenggara itu, yang berpunca daripada pertikaian yang sudah lama berlarutan mengenai sempadan era kolonial sepanjang 800km, telah mengakibatkan kira-kira setengah juta penduduk di kedua-dua belah pihak kehilangan tempat tinggal.

Sekurang-kurangnya 25 orang terkorban minggu ini, termasuk empat askar Thailand di kawasan sempadan hari ini, menurut Kementerian Pertahanan negara itu.

Tags:askar cederaDonald Trumpgencatan senjataHun Manetlintasan sempadanperiuk apiperjanjian damaisempadan era kolonialtempoh bertenang


Drone strike in southern Sudan kills 6 UN peacekeepers

UN chief Antonio Guterres condemned the ‘horrific’ attack, saying it ‘may constitute war crimes under international law’.

🟡AFP

Maresca hails Palmer as Chelsea return to winning ways against Everton

Chelsea beat Everton 2-0 to return to the Premier League top four, with Cole Palmer scoring on his first home start in four months.

🟡AFP