MatchPoint Times

Home

Kementerian Pertahanan tambah baik teknologi digital, AI tangani rasuah

Cover Image for Kementerian Pertahanan tambah baik teknologi digital, AI tangani rasuah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata menerusi teknologi itu perolehan di pelbagai peringkat boleh dipantau.

KOTA TINGGI: Kementerian Pertahanan akan memperkukuh penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem tadbir urus Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai langkah pencegahan dan penambahbaikan bagi menangani isu rasuah serta salah guna kuasa.

Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata penambahbaikan itu akan dilakukan secara menyeluruh terhadap sistem dan proses dalam ATM serta kementerian, selain melibatkan anggota dan pegawai.

“Sistem dan proses akan diperbaiki melalui pendigitalan, penggunaan kecerdasan buatan, penerapan prinsip ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) serta penubuhan unit khas bagi menangani aduan.

Tags:AIAngkatan TenteraATMKementerian PertahananKhaled NordinpendigitalanRasuahsalah guna kuasa


Russian firm eyes spaceport project in Sabah

A study by the launch service provider Glavkosmos has identified the state as the most suitable location in Southeast Asia for orbital launches, says Qhazanah Sabah chairman Anifah Aman.

🟡FMT Reporters

Kesan gas metana, bomba syor tutup tapak pesta Kaul Oya di Mukah

Bomba Sarawak berkata bacaan tahap gas di tapak itu catat bacaan had letupan bawah antara 90% hingga 100% yang merupakan tahap risiko tinggi.

🟡FMT Reporters