KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan keputusan kerajaan memilih Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi menjalankan kajian terhadap cadangan pilihan raya datuk bandar Kuala Lumpur.
Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan perlu menjelaskan pemilihan universiti itu sedangkan ada banyak institusi pengajian tinggi lain mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan.
“Kami nak tahu kenapa pilih UIAM? Terdapat banyak lagi universiti ‘lebih senior’ di negara ini, misalnya Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebagainya, atau gabungan beberapa universiti.
