PETALING JAYA: Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilaporkan terputus bekalan elektrik petang ini.
Tinjauan di media sosial mendapati antara kawasan terjejas termasuk Seksyen 8 di sini, Universiti Malaya, Bukit Damansara dan Mont Kiara.
Warganet turut melaporkan gangguan bekalan elektrik di pusat beli-belah utama termasuk Mid Valley Megamall, Pavilion Damansara Heights dan TRX.