PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Razali Idris menafikan khabar angin bahawa pemecatan Hamzah Zainudin daripada parti merupakan keputusan tergesa-gesa.
Razali yang juga ketua Bersatu Terengganu menegaskan, pemecatan timbalan presiden itu dilakukan secara berhemah dan mengikut perlembagaan parti.
“Pemecatan Hamzah dilakukan bukan secara tergesa-gesa, sebaliknya siasatan serta peluang membela diri sudah diberikan Lembaga Disiplin parti,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Badan Pimpinan Bersatu negeri di Kuala Terengganu hari ini, lapor Berita Harian.
