KOTA KINABALU: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keputusan setiausaha politik kanannya Shamsul Iskandar Mohd Akin meletak jawatan susulan terkait dakwaan rasuah, membuktikan bahawa kerajaan Madani mengamalkan tahap integriti yang tinggi.
Beliau berkata, tindakan Shamsul meletak jawatan itu suatu perkara yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana pentadbiran sebelum ini.
“Beliau terus meletak jawatan dan meminta siasatan dijalankan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Mana ada dulu macam itu? Ini ada tuduhan terus berhenti dan panggil SPRM siasat. Barulah kita ada integriti.
