MatchPoint Times

Home

Keputusan tangguh bentang RUU PSB ambil kira 14 syor konvensyen, kata TPM

Cover Image for Keputusan tangguh bentang RUU PSB ambil kira 14 syor konvensyen, kata TPM

Zahid Hamidi berkata, penangguhan perlu dibuat agar RUU diperkukuh dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan.

PETALING JAYA: Pembentangan semula Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB) di Parlimen ditangguhkan berikutan 14 syor penambahbaikan yang dikemukakan pada konvensyen khas Oktober lepas.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata, penangguhan itu perlu bagi memastikan RUU berkenaan diperkukuh dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan dalam konvensyen tersebut.

“Penangguhan itu dibuat kerana rang undang-undang (PSB) yang ada perlu mengambil kira 14 saranan melalui konvensyen anjuran Umno yang disertai oleh banyak NGO, ahli-ahli perusahaan dan juga individu yang mahu memperkukuh URA sebelum ia dibentangkan semula di Parlimen pada sidang yang akan datang,” kata Zahid yang juga presiden Umno.

Tags:Fahmi Fadziljemaah menteriKonvensyen PSB UmnoresolusiRUU PSBsyor tambah baikTarik balik RUUZahid Hamidi


Residents’ group urges moratorium on redevelopment projects

KLRA+SD says it is risky for these projects to be approved now that the Urban Renewal Bill has been withdrawn.

🟡FMT Reporters

Terengganu PH ready to go solo in next general election, says state chief

An Umno delegate had asked for the state chapters to be given autonomy to choose their own allies, especially when it comes to working with PAS and DAP.

🟡Faiz Zainudin