PETALING JAYA: Kerajaan akan mengekalkan harga petrol RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter dan tiada rancangan untuk sebarang perubahan drastik terhadap harga atau dasar semasa, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Nasir.
Beliau berkata, konflik Timur Tengah semasa tidak menunjukkan petunjuk kukuh untuk kerajaan membuat perubahan drastik terhadap dasar sedia ada.
“Kementerian kami sedang memerhatikan dengan teliti apa yang berlaku (di Timur Tengah), tetapi tiada petunjuk untuk kerajaan membuat sebarang perubahan drastik dari segi dasar.
