KUALA LUMPUR: Kerajaan memohon penangguhan pembayaran lebih RM37 juta dalam penghakiman yang diberikan kepada keluarga Pastor Raymond Koh yang hilang, susulan saman mereka terhadap kerajaan dan polis.
Peguam Kanan Persekutuan, Nurul Farhana Khalid, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa kerajaan memohon penangguhan itu atas alasan kes berkenaan melibatkan jumlah wang awam yang besar.
Beliau berkata, pembayaran tersebut juga memerlukan penyelarasan antara beberapa agensi kerajaan bagi menyalurkan dana ke dalam akaun amanah sekiranya pembayaran dibuat.
