KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara mampu mencapai paras ambang tertinggi yang disasarkan iaitu 4.8% pada 2025, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata, keyakinan itu mencerminkan aktiviti ekonomi negara kekal berdaya tahan dan keyakinan pelabur terus meningkat terhadap potensi ekonomi Malaysia.
Jelasnya, kedudukan ini turut disokong peningkatan pelaburan diluluskan bagi tempoh 21 bulan terkini (Januari 2024 hingga September 2025) iaitu sebanyak RM663.7 bilion.
