MatchPoint Times

Home

Kerajaan persekutuan, Sarawak runding semakan pemberian khas

Cover Image for Kerajaan persekutuan, Sarawak runding semakan pemberian khas

Ia bagi merumuskan kaedah baharu menentukan perkiraan pemberian khas pada masa depan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan persekutuan akan mengadakan rundingan bersama kerajaan Sarawak tahun ini bagi melaksanakan semakan semula amaun pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia bagi merumuskan kaedah baharu yang menentukan perkiraan pemberian khas pada masa depan dengan mengambil kira pertimbangan keperluan kerajaan negeri Sarawak berhubung kos perkhidmatan negeri serta kedudukan kewangan kerajaan persekutuan selaras peruntukan Perkara 112D.

Mengenai pemberian khas kepada kerajaan Sabah, kerajaan persekutuan bagaimanapun meneruskan proses rundingan bersama kerajaan negeri berkenaan pada 17 Nov 2025 dan 28 Jan 2026 bagi melaksanakan semakan semula amaun pemberian khas bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Tags:Dewan RakyatMOFPerlembagaan PersekutuanRodiyah SapieeSarawak


Akmal seru Umno, PAS kerjasama pada PRN Melaka

Ketua Pemuda Umno berkata parti itu akan pulihkan sokongan dengan berhubung semula dengan pengundi teras Melayu-Bumiputera.

🟡FMT Reporters

Big Blue Taxi founder Shamsubahrin Ismail dies at 60

He breathed his last at Kuala Lumpur Hospital after a battle with colon cancer.

🟡Bernama