MatchPoint Times

Home

Kerajaan sedia timbang autonomi ekonomi, Sabah, Sarawak, kata timbalan menteri

Cover Image for Kerajaan sedia timbang autonomi ekonomi, Sabah, Sarawak, kata timbalan menteri

Bagaimanapun, Hanifah Hajar Taib berkata pelaksanaannya tidak mudah selain perlu diteliti mengikut perlembagaan dan MA63.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mempertimbangkan permintaan autonomi pembangunan ekonomi yang dikemukakan oleh Sabah dan Sarawak namun pelaksanaannya tidak mudah selain perlu diteliti mengikut Perlembagaan Persekutuan serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri Ekonomi Hanifah Hajar Taib berkata sebarang langkah ke arah pelaksanaan autonomi memerlukan penyataan hasrat rasmi daripada kerajaan negeri terbabit serta jaminan keupayaan untuk mengambil alih tanggungjawab pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan tadbir urus.

Beliau berkata isu itu juga antara yang telah dibangkitkan dan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak Abang Johari Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor sebelum ini.

Tags:autonomiDewan RakyatekonomiHanifah Hajar TaibMA63SabahSarawak


‘Optimism prevails’ in Gaza talks with Israel, says Hamas

Talks centre on Donald Trump’s peace proposal urging a ceasefire, disarmament of Hamas and a staged Israeli pullout from Gaza.

🟡AFP

Majikan tak boleh arah pekerja guna kuota BUDI95 untuk kenderaan syarikat

Sekiranya berlaku, pekerja boleh lapor kepada KPDN atau pihak berwajib, kata Fahmi Fadzil.

🟡Bernama