KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan pengenalan undang-undang bagi mengawal selia dan meningkatkan sistem MyDigital ID untuk menangani keraguan menyelubungi inisiatif itu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata kerajaan mahu menangani kekangan yang berlaku berikutan pendaftarannya ketika ini adalah bersifat sukarela.
“Pada masa ini kerajaan sedang melihat kemungkinan menggubal akta untuk MyDigital ID, yang berpotensi mewajibkan orang ramai mendaftar,” katanya.