PETALING JAYA: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata kerangka Kerja Pusat Data yang mampan dijangka diperkenalkan pada Oktober ini.
Tengku Zafrul berkata kerangka tersebut akan diletakkan di bawah Kementerian Digital, yang antara lain akan menyaksikan koordinasi strategik bersama semua agensi berkaitan dan kerajaan negeri berhubung pelaksanaan pembangunan pusat data.
Katanya, persetujuan itu dicapai menerusi mesyuarat Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) 2025, yang dipengerusikan bersama Menteri Digital Gobind Singh Deo hari ini.