PETALING JAYA: Seorang penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) maut, manakala empat rakannya cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas di Muar semalam.
Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, nahas berlaku kira-kira 1 tengah hari di Jalan Felda Moakil.
Kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke UTHM Pagoh dari Labis, Segamat apabila Honda Accord yang dinaiki kelima-lima penuntut universiti itu hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.
