MatchPoint Times

Home

Kereta terbakar di plaza tol: Identiti 2 mangsa rentung dikenal pasti

Cover Image for Kereta terbakar di plaza tol: Identiti 2 mangsa rentung dikenal pasti

Pang Seng Chin, 20, dan Tan Hui Shan, 19, terkorban dalam kejadian di Plaza Tol Jitra awal pagi tadi.

PETALING JAYA: Dua individu yang rentung di dalam kereta terbakar di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara-Selatan, awal pagi tadi dikenal pasti sebagai Pang Seng Chin dari Arau, Perlis, dan Tan Hui Shan dari Jelutong, Pulau Pinang.

Ketua Polis Kubang Pasu Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, Pang, 20, yang memandu Honda Civic tersebut merupakan seorang peniaga, manakala penumpangnya, Tan, 19, tidak bekerja.

Beliau berkata, bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah mendapati lelaki itu meninggal dunia kerana cedera di bahagian dada, manakala mangsa wanita maut akibat tersedut asap.

Tags:Honda civicHospital Sultanah Bahiyahmangsa rentungmaut di tempat kejadianmelecur terukplaza tol jitraterhidu asap


Khairy coy on Umno return after attending youth wing’s general assembly

The former Umno Youth chief reiterates that he remains loyal to the party.

🟡Kirthana Arumugam

Manchester City boost injury-hit defence with Guehi signing

Financial details were not disclosed, but British media reported that the deal to sign the 25-year-old international was worth around £20 million.

🟡Reuters