PETALING JAYA: Parti Bersatu Sabah (PBS) menegaskan kerjasama dengan parti nasional tidak bercanggah dengan prinsip parti, sebaliknya selari realiti politik semasa serta kepentingan rakyat Sabah.
Pemangku Presiden Joachim Gunsalam, yang juga timbalan ketua menteri I, menerangkan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan sejajar semangat persatuan serta hubungan antara negeri dan negara.
“Kita akan mematuhi perlembagaan negeri, kita mematuhi Perlembagaan Persekutuan. Maka untuk kita bekerjasama itu bukanlah bertentangan dengan prinsip PBS,” katanya lapor Bernama, dalam ucapan sempena sidang tahunan PBS di Penampang, Sabah.
