KUALA LUMPUR: Sabah menghormati pendekatan berbeza diambil Sarawak dalam isu sumber minyak dan gas, namun memilih bekerjasama dengan Petronas demi kepentingan terbaik negeri itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Mustapha Sakmud.
Dalam temu bual eksklusif bersama FMT, Mustapha mengakui kedua-dua negeri di Malaysia Timur itu mengambil pendekatan sangat berbeza dalam perkara tersebut.
“Pendekatan Sabah ialah usaha sama dengan Petronas,” katanya merujuk perjanjian kerjasama komersial dimeterai pentadbiran Ketua Menteri Hajiji Noor dengan syarikat minyak dan gas nasional itu pada Disember 2021.
