MatchPoint Times

Home

Kertas siasatan berkait laporan Bloomberg diserah ke AGC

Cover Image for Kertas siasatan berkait laporan Bloomberg diserah ke AGC

Laporan itu mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memberitahu pegawainya bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan ke atas bekas ahli politik tertentu.

PETALING JAYA: Polis sudah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan siasatan ke atas laporan Bloomberg mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam jawapan bertulis Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata SPRM membuat laporan polis berhubung artikel itu, yang diterbitkan agensi berita global terbabit September tahun lalu.

Bloomberg memetik sumber melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki memberitahu pegawainya bahawa Anwar mengarahkan siasatan ke atas bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan anak-anaknya, serta bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin.

Tags:AGCAnwar IbrahimAzam Bakibekas ahli politikBloombergSPRM


Ukrainian suspect arrested in Italy over Nord Stream blasts

Identified as Serhii K, he is accused of being part of a group that placed explosives on the gas pipelines.

🟡AFP

Microsoft re-joins handheld gaming fight against Nintendo’s Switch

Its Xbox ROG Ally console is available to try for visitors at the Gamescom trade show in Cologne.

🟡AFP