PETALING JAYA: Kertas siasatan melibatkan seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang disyaki menghina Islam sudah lengkap, kata Ketua Polis Pahang Yahaya Othman.
Katanya, suspek masih direman dan kertas siasatan sudah dihantar kepada timbalan pendakwa raya.
“Jadi, kita menunggu arahan selanjutnya,” katanya menurut Bernama selepas Majlis Berbuka Puasa Polis Kontinjen Pahang di Ibu Pejabat Polis Kuantan.
