PETALING JAYA: Polis sedang melengkapkan siasatan terhadap penganjuran program yang dikaitkan dengan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), selepas dua individu daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dirakam keterangan, semalam.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata kedua-dua mereka dirakam keterangan dari 3.10 petang hingga 4.30 petang.
Katanya, polis turut merampas telefon bimbit daripada salah seorang daripada mereka untuk siasatan.