KUALA LUMPUR: Polis merekodkan 100 kes penipuan cinta atau ‘love scam’ melibatkan kerugian RM3.5 juta dalam tempoh sebulan pada Januari lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Rusdi Mohd Isa, dalam kenyataan hari ini berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak lima kes berbanding tempoh sama tahun lepas.
“Jumlah kerugian yang direkodkan pada Januari lepas adalah RM3.5 juta, menurun sebanyak 27% berbanding RM4.9 juta kerugian pada Januari tahun lepas.
