PETALING JAYA: Pendakwaan terhadap Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh tidak harus ditafsir sebagai mengekang semangat patriotisme, sebaliknya memperkukuh makna sebenar kecintaan kepada negara, kata penganalisis.
Pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Syahrudin Awang Ahmad, berkata patriotisme juga tentang memastikan keharmonian kaum dan memelihara perpaduan rakyat.
“Generasi akan datang perlu memahami bahawa tindakan mempertahankan kedaulatan negara merangkumi semua aspek, termasuk menjaga sensitiviti kaum dan agama.