PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Putrajaya telah mengarahkan DVS Shah Alam untuk membuka semula kes pembuangan anak-anak anjing, yang akhirnya mati, di Kuang, Selangor, pada September, dan menjalankan siasatan dengan lebih menyeluruh.
Ini susulan DVS Shah Alam menutup siasatan kes itu selepas tiga bulan kerana tiada bahan bukti kukuh ditemukan, menurut Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Global S Shashi Kumar.
“Kita sudah buat aduan sejak 9 Sept lalu (hari kejadian), (kita) ada bukti ada pihak tidak bertanggungjawab buang 11 ekor anjing di dalam tong sampah di Kuang.
