MatchPoint Times

Home

Kes bunuh, kerat mayat di Sepanggar, polis tahan dua wanita

Cover Image for Kes bunuh, kerat mayat di Sepanggar, polis tahan dua wanita

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu Syed Lot Syed Ab Rahman berkata dengan tangkapan terbaharu itu jadikan jumlah suspek kepada empat orang.

KOTA KINABALU: Polis menahan dua wanita tempatan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya dikerat dan dibuang di beberapa lokasi di kawasan tempat pembuangan sampah di Indah Permai, Manggatal pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu Syed Lot Syed Ab Rahman berkata wanita berkenaan masing-masing berusia 29 dan 21 tahun ditahan di kawasan Sepanggar dan Inanam, hari ini.

Katanya, ini menjadikan keseluruhan tangkapan sebanyak empat orang, bermula dengan lelaki tempatan berusia 71 tahun yang ditahan di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II pada hari kejadian sebelum disusuli penahan seorang lagi lelaki tempatan berusia 19 tahun di Sepanggar.

Tags:Indah Permaikes bunuhPolissuspekSyed Lot Syed Ab Rahman


Plan for microchips in pets gets thumbs up from rights groups

Animal welfare activist S Shashi Kumar says the move would make it easier to enforce animal welfare laws and penalties for animal cruelty and abandonment.

🟡Dineskumar Ragu

Kumpulan hak asasi sokong tanam mikrocip haiwan peliharaan

Aktivis kebajikan haiwan, S Shashi Kumar berkata langkah itu memudahkan kuat kuasa undang-undang kebajikan haiwan serta penalti bagi penganiayaan dan pengabaian.

🟡Dineskumar Ragu