PETALING JAYA: Seorang guru disiplin memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau beliau tidak pernah memaksa kesemua tertuduh terbabit dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, untuk menulis pengakuan mereka.
Mohd Ferdaus Andres, 39, bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif bahawa tiada paksaan untuk pelajar terbabit menulis apa-apa perkara di kertas A4, dan tulisan mereka adalah atas pengetahuan sendiri.
Saksi pembelaan ke-16 dalam perbicaraan di hadapan Hakim Duncan Sikodol itu juga bersetuju dengan cadangan bahawa proses siasatan dalaman kolej tersebut dan pihak polis tidak sama.