PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita sebanyak 61 akaun bank melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM15 juta, dalam siasatan ke atas dakwaan rasuah membabitkan kegiatan memproses dan melupus sisa elektronik (e-waste).
Sementara itu, seramai 26 individu termasuk pegawai penguatkuasa ditangkap, menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Ahmad Khusairi Yahaya.
“Kita percaya bahawa penguasa-penguasa yang kita tangkap ini bertindak melindungi,” kata Khusairi pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM.