PETALING JAYA: Mahkamah Majistret dimaklumkan warga emas, Patrick Khoo, yang didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam satu operasi, tidak lagi layak untuk meneruskan perbicaraan.
Timbalan Pendakwa Raya Lim Leong Hui menyatakan bahawa hasil penilaian mental oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati Khoo, 72, mengalami kemerosotan pemikiran sehingga sukar menjawab soalan mudah.
“Pihak perubatan mengesahkan beliau tidak layak menduduki perbicaraan atau memberi keterangan berdasarkan keadaan mentalnya sekarang. Beliau juga gagal menjawab soalan-soalan mudah.
