PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyeru semua masjid dan surau mengadakan solat hajat menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan membabitkan cabaran Sister In Islam (SIS) Forum Malaysia pada 19 Jun depan.
Menerusi surat dikeluarkan Pengarahnya Mohd Shahzihan Ahmad, solat hajat bagi mendoakan urusan kes berkenaan diminta diadakan selepas sembahyang Jumaat hari ini dan minggu depan.
Seruan sama turut disebarkan di Facebook JAIS.