MatchPoint Times

Home

Kes tipu kerja sambilan melonjak 146%, rugi RM202.58 juta

Cover Image for Kes tipu kerja sambilan melonjak 146%, rugi RM202.58 juta

Sebanyak 8,484 laporan diterima hingga 14 Dis lalu berbanding 3,451 bagi tempoh sama sebelumnya.

PETALING JAYA: Kes penipuan membabitkan tawaran pekerjaan sambilan mencatat peningkatan mendadak di seluruh negara, dengan jumlah laporan melonjak 146% dan kerugian mencecah RM202.58 juta bagi tempoh 1 Jan hingga 14 Dis lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Rusdi Mohd Isa, berkata sebanyak 8,484 laporan diterima sepanjang tempoh itu berbanding 3,451 kes bagi tempoh sama sebelumnya, peningkatan sebanyak 5,033 kes.

“Dari segi kerugian kewangan, jumlah direkodkan pada 2025 adalah RM202.58 juta, meningkat RM83.75 juta atau kira-kira 70% berbanding RM118.83 juta tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

Tags:jabatan siasatan jenayah komersialJSJKkerja sambilanNSRCPusat Respons Penipuan KebangsaanRusdi Isa


Teen alleged to have hurt toddler for crying incessantly nabbed

Police say the 18-year-old babysitter’s son was annoyed for being disturbed while resting at home.

🟡FMT Reporters

Reconsider slashing allowance for doctors who transfer to East Malaysia, govt told

DAP’s Dr Kelvin Yii says such steep cuts will aggravate the situation which is already dire.

🟡FMT Reporters