MatchPoint Times

Home

Kes Zara Qairina: Guru disiplin akui siasatan dalaman tak dikongsi kepada polis

Cover Image for Kes Zara Qairina: Guru disiplin akui siasatan dalaman tak dikongsi kepada polis

Penolong Ketua Guru Disiplin Nurul Syahadah Ibrahim berkata ini kerana ia rekod dalaman sekolah dengan siasatan melibatkan beberapa pelajar termasuk lima yang dikatakan individu terakhir melihat Zara Qairina.

KOTA KINABALU: Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha mengakui bahawa pihak sekolah menjalankan sebanyak lima siasatan dalaman berhubung insiden menimpa Zara Qairina Mahathir, namun hasil siasatan itu tidak diserahkan kepada polis.

Penolong Ketua Guru Disiplin Nurul Syahadah Ibrahim, 38, berkata pihak sekolah tidak menyerahkan laporan berkenaan kepada polis kerana ia hanya rekod dalaman sekolah, dan pihak sekolah percaya kepada kredibiliti, kemahiran dan kepakaran polis dalam menjalankan siasatan berhubung kes itu.

Beliau berkata siasatan dalaman itu dijalankan pada 16 dan 17 Julai serta 4,5 dan 13 Ogos, membabitkan beberapa pelajar termasuk lima pelajar yang dikatakan individu terakhir melihat Zara Qairina. Siasatan dikendalikan melalui sesi soal jawab dan pernyataan bertulis saksi-saksi.

Tags:inkuesMahkamah KoronerPolisSabahsiasatanZara Qairina Mahathir


Pemuda PKR Sarawak gesa Zaid Ibrahim mohon maaf isu MA63

Ketuanya Azlan Norita menyifatkan kenyataan itu sebagai menghina dan menggambarkan kejahilan terhadap sejarah pembentukan Malaysia.

🟡FMT Reporters

Man injured after falling into sinkhole in Ara Damansara

Firefighters say the victim in his 50s suffered injuries to his waist.

🟡FMT Reporters