PETALING JAYA: Keahlian Ronald Kiandee tidak dipecat kerana kesalahan beliau tidak setara kes melibatkan Hamzah Zainudin, menurut laporan.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dipetik Sinar Harian sebagai berkata Ronald berada dalam pertemuan bersama Presiden Umno Zahid Hamidi di Bangkok, namun Hamzah didakwa mengetuai rundingan tanpa restu pucuk pimpinan parti.
Muhyiddin sebelum ini menuduh Hamzah terlibat dalam rundingan rahsia dengan Zahid untuk membentuk percaturan politik baharu yang membolehkan Hamzah dilantik sebagai timbalan perdana menteri, sementara seorang lagi pemimpin memegang jawatan tertinggi.
