PETALING JAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan keselamatan pengamal media khususnya ketika menjalankan tugas tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan.
Beliau berharap siasatan berhubung kejadian pukul melibatkan wartawan sukan, Haresh Deol, dijalankan segera.
Fahmi berkata beliau menghubungi Haresh untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian petang tadi.
