PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang mulanya tidak senang dengan lawatan Presiden Donald Trump dapat melihat keserasian antaranya dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sekali gus menjadikan pertemuan itu kemenangan diplomatik negara, kata Setiausaha Politik Anwar, Shamsul Iskandar Akin.
“Apa reaksi Trump? Apa yang akan beliau katakan di rostrum? Rakyat rasa gusar,” kata Shamsul kepada FMT dalam temu bual.
Shamsul berkata, pertemuan pada 26 Okt itu mengejutkan ramai, memandangkan Anwar sebelum ini disindir tidak relevan kerana tidak menerima panggilan telefon dari White House selepas Trump kembali ke menjadi presiden.
