KUALA LUMPUR: Kesesakan aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dijangka berterusan hingga malam esok selepas cuti panjang Hari Raya Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, setakat ini keadaan trafik di lebuh raya itu dari arah Lanchang ke Lentang masih tinggi dan pergerakan kenderaan juga perlahan.
“Pergerakan di Lebuhraya KLK masih sama dengan trafik tinggi dan padat, namun trafik menghala ke Tol Gombak untuk ke ibu kota lancar dan terkawal,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.