KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Malek Razak Sulaiman menziarahi waris mendiang anggota tentera, K Indiran, bagi menyampaikan ucapan takziah serta memberi sokongan moral.
Menerusi hantaran di Facebook, Malek berkata mendiang disemadikan mengikut istiadat pengebumian tentera bersebelahan pusara bapanya, C Kayamboo, daripada tentera udara.
“Mejar (kini Lt Kol) C Kayamboo merupakan juruterbang yang terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft B200T pada 2016. Pengorbanan dua generasi ini bukan sekadar catatan sejarah keluarga, tetapi lambang kesetiaan dan keberanian yang terpahat dalam jiwa seorang perwira dan perajurit.
