PETALING JAYA: Ketua Bersatu Pendang Abdul Razak Khamis dibebaskan daripada semua tuduhan salah laku disiplin selepas siasatan Lembaga Disiplin parti.
Adun Sungai Tiang dan Timbalan Speaker DUN Kedah itu dipetik Sinar Harian berkata beliau menerima surat Lembaga Disiplin Bersatu kelmarin yang membebaskannya daripada tuduhan salah laku disiplin.
“Alhamdulillah. Akhirnya kebenaran menemui sinarnya. Saya telah menerima surat daripada Lembaga Disiplin parti yang memutuskan membebaskan saya daripada sebarang sabitan salah laku disiplin.
