MatchPoint Times

Home

Ketua Bersatu Tawau, 16 AJK keluar parti

Cover Image for Ketua Bersatu Tawau, 16 AJK keluar parti

Bekas ahli MPT Bersatu, Lim Ting Khai berkata tindakan itu diambil kerana hilang keyakinan terhadap presiden parti, Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: Seramai 17 ahli jawatankuasa bahagian Bersatu Tawau, termasuk ketuanya, mengumumkan keluar parti semalam atas alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan presiden parti, Muhyiddin Yassin.

Bekas ketua bahagian dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Lim Ting Khai, berkata 17 daripada 23 ahli jawatankuasa membuat keputusan meninggalkan Bersatu susulan kemelut dalaman yang berpanjangan serta kegagalan parti mengurus perbezaan pandangan.

Beliau berkata mereka juga membantah keras pemecatan bekas timbalan presiden, Hamzah Zainudin, yang disifatkan sebagai tidak mencerminkan semangat demokrasi dan mengecewakan ahli parti.

Tags:ahli jawatankuasabahagian Bersatukeluar partiletak jawatanlim Ting Khaimajlis pimpinan tertinggiTawau


Cops probe for child neglect after boy, 4, dies in fire

Police said the boy’s mother had left him and his five siblings at home while she went out to buy food.

🟡FMT Reporters

Probe paper on Quran case for AGC tomorrow, say police

Pahang police chief Yahaya Othman says statements have been recorded from 43 witnesses.

🟡FMT Reporters