PETALING JAYA: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dijangka mempertaruhkan Ketua Penerangannya, Anuar Ghani di kerusi Karanaan yang disandang sekian lama oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun pada PRN bulan depan.
STAR Bahagian Karanaan sebulat suara mencalonkan Anuar bertanding kerusi itu atas alasan beliau memahami suara masyarakat tempatan dan mempunyai latar belakang profesional yang kukuh.
Jika diluluskan parti, ia mungkin menjadi pertarungan sengit pada PRN Sabah kerana Masidi mewakili kawasan itu selama lima penggal sejak diwujudkan pada 2004.
