MatchPoint Times

Home

Ketua pengarah LHDN diarah bayar balik RM15.7 juta kepada Petronas

Cover Image for Ketua pengarah LHDN diarah bayar balik RM15.7 juta kepada Petronas

Mahkamah Rayuan perintah bayaran balik cukai berlebihan berpunca penolakan perbelanjaan berkaitan kos pejabat Petronas di luar negara bagi tahun taksiran 2010.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan ketua pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membayar balik RM15.672 juta kepada Petronas dalam tempoh enam bulan bermula dari hari ini, berhubung cukai berlebihan kepada syarikat itu bagi tahun taksiran 2010.

Cukai berlebihan itu berpunca daripada penolakan perbelanjaan yang berkaitan dengan kos pejabat Petronas di luar negara bagi tahun berkenaan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim P Ravinthran, Wong Kian Kheong dan Nadzarin Wok Nordin membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh syarikat minyak dan gas negara itu.

Tags:bayar balikcukaiLHDNMahkamah RayuanPetronas


IOC voices concern for Iranian athletes amid unrest

Iran International reported last week that a 19-year-old wrestler was killed by security forces during demonstrations in the southwestern city of Andimeshk.

🟡Reuters

US weekly jobless claims fall, trade deficit widens by the most in nearly 34 years

Weekly jobless claims fell by 1,000 to 209,000, while continuing claims dropped by 38,000 to 1.827 million.

🟡Reuters