KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin kembali ke bangunan Umno hari ini selepas dua tahun dipecat parti itu bagi menjayakan program anjuran sayap Pemuda yang diketuai Dr Akmal Saleh.
Kehadiran bekas Ahli Parlimen Rembau di tengah-tengah spekulasi beliau akan menyertai semula Umno selepas dipecat pada Januari 2023 kerana melanggar disiplin parti.
Sebelum ini, media melaporkan Khairy dijangka menyertai semula parti itu menjelang PRN Sabah 29 Nov.
