MatchPoint Times

Home

KKM akan laksana ‘fast track’ isi lebih 4,300 jawatan

Cover Image for KKM akan laksana ‘fast track’ isi lebih 4,300 jawatan

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata, perkara ini dibincangkan di mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan proses pengisian 4,352 jawatan sektor kesihatan secara ‘fast track’ dan tidak mengikut kaedah konvensional bagi memenuhi keperluan mendesak tenaga kerja kesihatan ketika ini.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam dan beliau sendiri menekankan keperluan untuk mempercepat proses itu.

“Saya telah tegaskan dan tekankan supaya ketua setiausaha KKM dan ketua pengarah kesihatan supaya menyegerakan pengisian ini melalui kaedah ‘fast track’ berbanding konvensional,” katanya selepas merasmikan Annual Scientific Meeting & 55th Annual General Meeting Malaysian Society of Radiographers hari ini.

Tags:Akta 774Dzulkefly Ahmadfast trackisi jawatan kosongjemaah menteriKKMpengamal kesihatan bersekutusektor kesihatan


US condemns France’s inquiry into social media platform X

Two January complaints alleged that the app’s algorithm had been used for foreign interference in French politics.

🟡AFP

Hackers hit app where women review men they’ve dated

Some 72,000 images including user IDs were accessed from the American app ‘Tea’.

🟡AFP