PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) berikrar melaksanakan pembaharuan struktur secara menyeluruh bagi menangani cabaran tenaga kerja berlarutan di seluruh negara, termasuk memansuhkan sistem kontrak doktor secara berperingkat.
Menterinya, Dzulkefly Ahmad menggariskan dua cabaran struktur utama yang menjejaskan perkhidmatan kesihatan awam, iaitu kekurangan bekalan tenaga kerja dan pengagihan tidak sekata.
“Bagi menangani isu itu secara berkesan, KKM bergerak melangkaui langkah penyelesaian sementara yakni ke arah reformasi struktur menyeluruh,” katanya menurut Bernama dalam hantaran X.
