GEORGE TOWN: Kongres khas DAP yang akan berlangsung pada 12 Julai ini menyediakan saluran kepada perwakilan untuk menyampaikan pandangan akar umbi mengenai peranan parti dalam kerajaan perpaduan, kata Chow Kon Yeow.
Menolak dakwaan bahawa kongres itu hanya sia-sia, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP itu berkata kongres akan membolehkan perwakilan mengambil kira pandangan ahli dan penyokong parti di peringkat akar umbi.
Beliau berkata ini akan memastikan kepimpinan DAP dapat mendengar suara penyokong dan ahli ketika membuat keputusan mengenai kedudukan parti di Putrajaya.
