PETALING JAYA: Koroner Amir Shah Amir Hassan yang mengendalikan inkues kematian Zara Qairina Mahathir terkejut dan sedih selepas dimaklumkan wujudnya dokumen penting berkaitan kes itu yang tidak diserahkan pihak sekolah kepada polis.
Saksi ke-53, yang guru SMKA Tun Datu Mustapha, Nur Shukriah Mohd Fauzi memberitahu Mahkamah Khas Koroner, Kota Kinabalu semalam dokumen itu mengandungi keterangan bertulis beberapa pelajar yang diambil dua hari selepas kejadian Zara ditemui tidak sedarkan diri.
Pasukan peguam kepada ibu Zara, Noraidah Lamat dalam kenyataan memaklumkan, saksi berkata dokumen penting itu disimpan dalam fail unit disiplin sekolah dan tidak pernah diserahkan kepada pihak polis.
