PETALING JAYA: Berikutan insiden tanah runtuh di Sabah, Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan agar kuarters di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dikosongkan serta-merta bagi memastikan keselamatan penghuni.
KPM berkata, beberapa langkah segera turut dilaksanakan, termasuk tindakan merobohkan bangunan terbabit untuk pembinaan semula.
“(Selain itu, pihak kementerian juga) menyewa premis luar berdekatan bagi memastikan aktiviti akademik dapat terus berjalan dan membina semula tangki air yang rosak,” katanya dalam kenyataan.