MatchPoint Times

Home

KPM, KPT teliti aspek teknikal wajib bahasa Melayu, sejarah

Cover Image for KPM, KPT teliti aspek teknikal wajib bahasa Melayu, sejarah

Tumpuan diberi pada aspek penilaian pembelajaran, peperiksaan dan pemantauan kualiti melibatkan sekolah antarabangsa, sekolah agama rakyat, maahad tahfiz dan sekolah persendirian Cina.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti aspek teknikal susulan keputusan mewajibkan mata pelajaran bahasa Melayu dan sejarah mengikut kurikulum kebangsaan bagi semua aliran pendidikan.

Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir berkata tumpuan diberikan pada aspek penilaian pembelajaran, peperiksaan dan pemantauan kualiti yang melibatkan sekolah antarabangsa, sekolah agama rakyat, maahad tahfiz dan sekolah persendirian Cina.

Beberapa siri perbincangan diadakan termasuk pertemuan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dengan Persekutuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia, Persatuan Sekolah Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat serta wakil sekolah antarabangsa.

Tags:Bahasa MelayuKPTParlimensejarahZambry Abd Kadir


Howe would ‘step aside’ if right for Newcastle

Newcastle has seen a dismal run that has dropped the Magpies down to 12th in the Premier League.

🟡AFP

MACC summons preacher, finance head again over fund misappropriation

An MACC source says both of them arrived at the commission’s headquarters in Putrajaya today to have their statements recorded.

🟡FMT Reporters