PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan penawaran kursus pendidikan di universiti awam masih relevan meskipun graduan tidak menjadi pendidik.
Menteri Zambry Abdul Kadir berkata program pendidikan tidak bertujuan melahirkan guru semata-mata, sebaliknya menyediakan graduan dengan set kemahiran yang boleh dimanfaatkan di pelbagai sektor.
“Graduan pendidikan dilatih dengan pelbagai kemahiran insaniah, pedagogi, teknologi pendidikan, komunikasi, kepimpinan dan penyelidikan yang relevan dengan pelbagai sektor lain.
