PETALING JAYA: Pemuda Gerakan amat kecewa dengan kenyataan wakil ulama PAS Pulau Pinang pada muktamar tahunan sayap parti itu, yang mendakwa Presiden Dominic Lau gagal memimpin Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang.
Setiausaha Agung Tan Hum Wei memberi amaran bahawa jika Shafirul Rozani meneruskan serangan-serangan yang merosakkan dan berunsur fitnah, ia akan membawa kemudaratan kepada PN.
“Sesiapa sahaja yang tidak menghormati kepimpinan Gerakan tidak akan dilayan dengan baik. Setiap parti mempunyai batasnya, dan Shafirul telah melampaui batas itu,” menurut kenyataan.