PETALING JAYA: Selangor mencatat kutipan hasil RM2.7 bilion setakat ini melepasi sasaran awal tahun, RM2.3 bilion, kata Menteri Besar Amirudin Shari.
Beliau berkata, prestasi cemerlang melepasi sasaran asal itu adalah hasil kerja tersusun digerakkan keseluruhan pasukan di pelbagai peringkat negeri.
“Alhamdulillah, kita telah melepasi sasaran. Sasaran kita ialah RM2.3 bilion. Dalam Belanjawan (2026) hari itu saya sebut kita boleh sampai RM2.7 bilion, dan hari ini kita dah lepas pun.
